Mengapa tiny house semakin popular?

Tiny house atau rumah kenit semakin popular kerana berapa sebab. Antaranya adalah kerana sebab-sebab berikut:-

  • Kemampuan Kewangan – Membina rumah kenit lebih murah kerana saiznya lebih kecil, lebih mudah dan lebih cepat dibina.
  • Mesra Persekitaran – Rumah kenit memerlukan ruang kecil untuk dibina dan sudah tentu dapat membantu mengurangkan impak negatif terhadap persekitaran, sumber dan tenaga.
  • Mobiliti – Ada rumah kenit yang dibina di atas treler beroda. Ini bermakna lokasinya boleh diubah mengikut kehendak dan gaya hidup tuan punyanya.
  • Gaya Hidup Minimalis – Bagi sesetengah orang gaya hidup minimalis sangat menarik dan seksi. Gaya hidup ini membolehkan mereka mengelak dari mengumpul sesuatu yang sebenarnya tak diperlukan dan boleh menggunakan sumber yang dijimatkan untuk perkara yang lebih bermakna bagi mereka.
  • Mengelak Gadaijanji atau Pinjaman Perumahan – Ada yang berpendapat pinjaman perumahan adalah komitmen jangkapanjang yang membebankan. Sebagai alternatif mereka memilih membina rumah kenit bagi mengelakkan komitmen seperti itu.

Pendek kata rumah kenit menjadi semakin popular kerana ia menjadi satu alternatif yang logik bagi mereka yang ingin mempunyai rumah yang mampu dimiliki, tidak perlu berhutang, mesra alam sekitar dan sesuai dengan keperluan serta gaya hidup yang mereka inginkan.

Related Posts

Mengapa tiny house semakin popular?

Tiny house atau rumah kenit semakin popular kerana berapa sebab. Antaranya adalah kerana sebab-sebab berikut:- Pendek kata rumah kenit menjadi semakin popular kerana ia menjadi satu alternatif yang logik bagi [...]
Read more
© 2024 79 Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.